Dalam masa 2 minggu keuntungan mencecah RM30k dengan jual kopi, Datuk Red serahkan semua duit keuntungan pada Jabatan Insolvensi bayar hutang

SELEPAS lima tahun diisytiharkan muflis, usahawan Datuk Seri Adnan Abu membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia pada pagi Jumaat. Adnan, 46, berkata, jumlah berkenaan adalah hasil daripada keuntungan menjual produk minuman milik pempengaruh media sosial dan pengamal perubatan Dr Samhan selama dua minggu. Kata Adnan, dia tekad untuk melangsaikan hutang sebanyak RM5 juta dan akan menggunakan semua keuntungan hasil jualan produk berkenaan bagi membayar hutang.

“Nilai tersebut merupakan keuntungan pertama saya menjual kopi. Kalau ikutkan hati, saya mahu guna separuh (bagi membayar hutang) tapi atas dasar tanggungjawab saya kena berkorban. Keuntungan tersebut adalah hasil jualan bermula 17 hingga 30 April lalu dan saya nekad tidak akan menggunakan satu sen pun bagi kegunaan sendiri. Semuanya saya akan guna untuk selesaikan hutang,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red membuat bayaran tersebut secara tunai melalui peguam yang dilantik iaitu Hawari Hanafi & Co pada Jumaat. Dalam pada itu, Adnan memberitahu bayaran pertama ini juga sebagai tanda komitmen dia mahu membayar hutang kepada semua pihak terlibat. Katanya Adnan dia tidak mahu melengah-lengahkan masa pembayaran dan mahu hidup dengan tenang selepas ini. “Kalau ikutkan saya hanya perlu bayar RM500 sebulan sahaja tapi tiga kali mti, hidup semula pun hutang tak akan habis! Jadi saya sasarkan mahu bayar sekitar RM30,000 ke RM50,000 setiap bulan mengikut keuntungan jualan.

Saya juga ada modal sikit untuk digunakan buat bisnes baru. Duit itulah saya akan guna untuk perbelanjaan harian,” ujarnya. Sementara itu, Adnan memberitahu sekiranya ada pihak ingin menuntut hutang daripadanya perlu berjumpa dengan peguamnya terlebih dahulu. Jelasnya, serahan dokumen mengenai bukti hutang perlu diserahkan sebelum diuruskan oleh Jabatan Insolvesi untuk pembayaran. “Kena serahkan dokumen melalui peguam saya dan mereka akan tunjuk jalan bagaimana pihak-pihak terbabit boleh menuntut wang mereka di Jabatan Insolvensi,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version