Kini sedang hamil ank ketiga, usahawan dedah suami follow perempuan mencolok mata di laman ig

Usahawan jenama tempatan terkenal mendakwa suaminya tiada usaha untuk berubah meskipun sudah ditegur dan pernah bergdh disebabkan perkara itu. Menerusi luahan usahawan wanita itu di platform Instagram Story, dia mendakwa dan mendedahkan sudah empat tahun tidak mengikuti semula suaminya disebabkan lelaki itu ‘layan’ perempuan seksi di media sosial. Menurut usahawan itu, dia terpaksa berbuat demikian bagi menjaga hati diri sendiri, namun ada kalanya ‘tertengok’ akaun Instagram suaminya.“Benda ni dah lama dah. Lama sangat dah benda ni. Memang boleh perasan pun dia main Instagram untuk apa. 

“Malam malam isteri dan anak-anak dah tidur pun dia akan main telefon, aku pun tak tahu scroll apa. Dah kalau following macam tu, scroll pun memang keluar benda-benda tu jelah,”dakwanya. Dakwanya lagi, mereka juga pernah bergdh dan kali terakhir pergdhn itu berlaku sewaktu mengejarkan ibadah umrah. Bagaimanapun, ia seakan tiada perubahan selain mempersoal peranannya sebagai seorang isteri di rumah di mata suami Dalam pada itu. usahawan wanita yang terkenal dengan pakaian dan tudung mengakui dirinya emosi kerana sedang hamil anak ketiga.

“Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain seksi-seksi? Untuk apa sebenarnya? Pastu, isteri ni kau simpan kat rumah buat apa? Maaf, isteri sedang hamil, jadi aku memang psiko,” akuinya. Pendedahan dan dakwaan itu dikongsikan oleh usahawan berkenaan selepas salah seorang pengikut di Instagram meninggalkan mesej langsung (DM).

Dakwa individu terbabit, suami usahawan tersebut merupakan seorang ‘scammer’ dan telah menipu ramai orang di Facebook. Dakwanya lagi, lelaki itu juga banyak mengikuti wanita-wanita seksi di Instagram sebelum usahawan itu berkongsi tangkap layar.

Pendedahan usahawan wanita itu telah menjadi topik perbualan warganet di platform X (dulu dikenali Twitter) di mana mereka tidak menyangka rumah tangga yang disangka bahagia itu berdepan dengan masalah sedemikian.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan berbalas daripada suami usahawan berkenaan berhubung isu tular di media sosial. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version