Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi laksa mereka yang tersendiri dan masing-masing ada pilihan hati laksa yang disukai. Namun, tidak perlulah kita mempersendakan sesuatu makanan itu yang tidak kena dengan citarasa kita. Baru-baru ini, seorang makcik menimbulkan kemarahan ramai apabila memberi komen jelik mengenai hidangan laksa Sarawak di media sosial. Klik sini untuk lihat video.
Dalam video tular itu, rakan makcik tersebut gelak sakan ketika dia menutup hidungnya sambil menjamah laksa Sarawak. Dakwanya, makanan tradisi Sarawak itu berbau seperti jamu dan membuatkan dia tidak dapat menahan bau makanan tersebut. Tindakan makcik itu teruk dikritik warganet yang mempertahankan keaslian dan keunikan rasa laksa Sarawak.
Bagaimanapun seorang individu yang tinggal di Kuching, tampil memperbetulkan tanggapan makcik tersebut mengenai makanan yang dijamah. Menurut individu di TikTok, apa yang dimakan makcik berkenaan adalah Yong Tau Fu berkuahkan kari, bukannya laksa Sarawak. “Laksa Sarawak tak pakai sayur hijau, tak pakai tauhu. Jadi, kebetulan makcik ada kat sini, saya sarankan makcik cari restoran yang terkenal dengan laksa Sarawak. Saya yakin tiada rasa jamu, tiada rasa ubat. Tapi kalau makcik betul tak suka, itu hak makcik,” katanya.
Komen warganet:
Walaupun makcik itu tersalah anggap hidangan laksa Sarawak, warganet bagaimanapun masih tidak berpuas hati kerana dianggap telah menghina sesuatu makanan. Sekadar info, laksa Sarawak mendapat tempat pertama sebagai Makanan Terbaik di Asia pada tahun 2022.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.