Pelakon, Mira Filzah tidak terkesan terhadap segelintir kritikan warganet yang mempersoalkan mengenai fizikal badannya yang dikatakan terlalu kurus itu. Ketika ditemui, aktres drama popular Adellea Sofea ini berkata perkara tersebut berlaku secara semula jadi dek kesibukan aktiviti hariannya sebagai seorang isteri, ibu dan selebriti. “Tak tahu kenapa kurus tapi saya tak diet, saya pun tak exercise.
“Tiba-tiba terjadinya sendiri. Mungkin nature kita, aktiviti harian.. Dulu kalau single lain, makan enjoy. Bila dah ada anak ni nak kata tak enjoy makan, enjoy juga. Cuma tu la, badan jadi kecut sikit. Alhamdulillah..,” katanya. Mira berkata demikian ketika ditemui di rumah terbuka memori lebaran Mira Filzah baru-baru ini. Ibu anak satu ini berkata perkara tersebut tidak menganggu emosinya, malah Mira hanya bergantung kepada pendapat suami tercintanya, Wan Emir Astar sahaja.
“Sekarang ni dah ada family, dah lama dalam industri. Saya memilih untuk tidak mengambil berat tentang suara-suara luar yang bercakap isu (kurus) ini. Bagi saya perkara ini bergantung kepada setiap orang. Lain orang lain body type. Saya tak kisah, asalkan suami kata cantik.. jadi okayla. Kita nak cantik-cantik pun untuk suami kita,” ujarnya. Sebelum ini, nama Mira hangat menjadi perbualan ramai di media sosial apabila tersenarai dalam #blockout2024, susulan itu aktres ini tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia sudah lama memberi sokongan kepada rakyat Palestin.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.