Berpoligami bukanlah perkara yang mudah terutama selepas kisah perkahwinan menjadi antara tajuk utama di media. Bagaimanapun, madu kepada anak pelakon Abby Abadi iaitu Misya Mazlan dilihat tetap positif menjalani kehidupan walaupun berdepan dengan kemelut rumah tangga. Menerusi temu bual bersama Hijabista, Misya berkata dia telah dilimpahkan dengan pelbagai rezeki yang tidak sangka-sangka meskipun dia perlu menempuh pahit manis berpoligami. Klik sini untuk lihat video.
“Banyak hikmah yang saya nampak. Antara hikmahnya adalah rezeki datang secara tiba-tiba. Kalau tak orang tak tahu saya pun.” Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini tetap berasa tenang walaupun isu rumah tangganya menjadi perhatian ramai. “Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk me time. Tak payah nak pening-pening kepala.”
Tinjauan mendapati sejak isu crng suaminya Aslam tercetus, Misya mendapat banyak tawaran bisnis dan juga menjadi model bagi jenama pakaian lokal. Terdahulu, Marissa Dania Hakim didakwa telah berkahwin dengan Aslam di Thailand. Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga mereka. Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kritikan daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Aslam dan Misya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.