Seorang lelaki yang juga pemain bola sepak didakwa kerap memperdayakan wanita dengan meminjam wang dan skandal daripada beberapa individu. Difahamkan, pemain dari sebuah kelab bola sepak popular itu banyak mempermainkan hati wanita bukan sahaja di negeri berkhidmat, malah di serata ibu negara menggunakan alasan tidak mampu menampung perbelanjaan sebagai pemain bola sepak.
Pendedahan itu dibuat seorang wanita yang merupakan kawan kepada salah seorang mangsa penipuan lelaki terbabit. Menurut wanita itu, lelaki berkenaan sering kali menggunakan alasan tiada duit untuk ke stadium latihan selain adakalanya meminta mngs membelikan kasut baharu untuk perlawanan bola sepak. “Mana-mana perempuan yang terkenal dengan player ni hati hati la yaa. Nanti dia mesej buat cerita sedih takda duit nak isi minyak pergi training, takda kasut untuk game, takda itu takda ini dan duit duit korang dia gunakan untuk tampung kehidupan dia sebagai ‘playboy’ yang tak berduit,” ciapnya di laman X pada Khamis.
Malah, wanita tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan rakannya yang didakwa mangsa penipuan lelaki berkenaan. Lebih parah apabila pemain yang dikatakan beraksi di posisi sayap kanan itu didakwa kerap bertukar-tukar pasangan di Kuala Lumpur melalui ‘kisah sedihnya’. “Mangsa dia bukan sorang dua. In 1 time ada 5-6 perempuan dia manipulate itu dan ini. Yaa bermodalkan sebagai player JDT boleh la buat cerita sedih ke sana ke mari. A invest kat dia, dia invest dekat B. Collection dia bukan di JB sahaja termasuk di KL.
Pergi KL silih ganti tido rumah ‘gf’ bertukar tukar. Dekat JB pon sama la. Orang suruh main dekat padang, bukan main perempuan sana sini. Semoga dapat STD,” dakwa wanita terbabit. Wanita itu turut berkongsi bahawa pemain berkenaan dikatakan dipalau oleh rakan sekumpulannya. Lebih mengejutkan, lelaki itu seolah-olah berbangga apabila menceritakan kepada rakan sekumpulannya bahawa dia adalah seorang kaki perempuan.
Dia dilihat turut menasihati pemain berkenaan sekiranya tidak mampu untuk membeli kereta sendiri, boleh menaiki perkhidmatan e-hailing sekali gus menyelar tindakan supaya membeli mengikut kemampuan sendiri. Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu dia tidak kisah sekiranya dikritik kerana mendedahkan masalah yang sedang berlaku. Pada masa sama, dia berharap perkara ini dapat dijadikan sebagai peringatan untuk golongan wanita lain yang mungkin akan menjadi mngsa.
Setakat hari ini, ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 4,000 tanda suka, 3,000 retweet dan seramai 200 orang dilihat telah meninggalkan komen. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.