PELAKON Rita Rudaini meminta rakan artis agar tidak takut kehilangan tawaran kerja sekiranya nama mereka diboikot. Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, sebaliknya memberitahu mereka perlu percaya kepada rezeki yang sudah ditentukan Allah. Kongsi Rita, dia sendiri pernah melalui pengalaman sama apabila diboikot gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 tiga tahun lalu.
“Kalau yakin rezeki itu dari Allah, Insya-Allah, jangan risau, jangan takut. Saya pernah melaluinya zaman vaksin dulu. Tak ada vaksin, tiada job untuk awak Rita,” katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Pelakon drama Racun Rihanna ini membuktikan dia kini masih lagi mampu bernafas dalam industri hiburan apabila meletakkan soal rezeki kepada Allah.
“Tapi mereka lupa yang saya ada Allah. Allah yang pegang rezeki saya,” ujarnya. Sejak beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan tentang gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk pro Israel. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.