Kekasih gelap aktor Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sudah putuskan hubungan bersama pelakon tersebut pada 29 April lalu undang perhatian ramai. Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan oleh Sarah di IG storynya, dia menghantar mesej kepada Aliff untuk mengakhiri hubungan mereka dan enggan untuk membantunya lagi seperti sebelum ini.
“Saya cuba untuk selamatkan awak tapi saya tak mahu lakukannya lagi. Saya sudah selesai dan mulai hari ni 29 april 2024 saya dah berakhir dengan awak,” katanya kepada Aliff. Sebaik sahaja mesej tersebut dibaca, dia bertindak menyekat Aliff yang juga merupakan suami kepada aktres Bella Astillah di aplikasi itu. Terdahulu, Sarah Yasmine telah mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp antara aktor tersebut dengan aktres Ruhainies.
Bukan itu sahaja, Sarah turut memberitahu kepada umum bahawa pelakon jelita, Sophia Albarakbah masih berhubung dengan Aliff pada Mac lalu namun, sehingga kini Sophia masih diamkan diri tanpa keluarkan sebarang kenyataan. Pendedahan tersebut mengundang kemarahan ramai termasuklah artis tanah air seperti Erma Fatimah dan Zed Zaidi yang mencadangkan supaya artis yang ‘dipetik’ oleh wanita kelahiran Singapura itu membuat laporan polis dan ke pihak SKMM.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.