Sempena hari guru semalam, cikgu bukan islam kongsikan terkejut bila dapat hadiah tasbih digital dan sejadah dari ank murid

Seorang guru terhibur kerana telah menerima hadiah selembar sejadah dan tasbih digital daripada salah seorang anak muridnya sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Apa yang lebih menarik perhatian apabila guru tersebut memaklumkan bahawa dia bukan beragama Islam. “Anak murid bagi sejadah and tasbih digital. Masalahnya cikgumu kafir nak,” tulisnya di ruangan kapsyen. Dalam pada itu, guru tersebut sempat memuatnaik perbualan mesejnya bersama murid tersebut dan menjelaskan tentang status agamanya.

Bagaimanapun, anak murid tersebut tetap keliru memandangkan muka dan nama guru tersebut seakan orang yang beragama Islam. Menerusi perkongsian sama, difahamkan yang guru berkenaan merupakan Orang Asli. Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah menerima sebanyak 1.1 juta tontonan di Platform X.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version