Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad menitipkan nasihat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang menerima keputusan kurang baik agar tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan. Menurut laporan, aktor yang berusia 38 tahun itu berkata mendapat keputusan teruk sememangnya tidak menggembirakan namun ia bukanlah titik pengakhiran hidup seseorang.
“Kepada sesiapa yang dapat keputusan teruk, saya juga salah seorang yang pernah dapat keputusan kurang baik untuk SPM. SPM memang satu benda penting tapi bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan untuk bangkit dan jangan ‘tidur’ terus,” katanya dalam siaran langsung Instagram. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad turut meminta kepada pelajar agar tidak mudah berputus asa dalam memperbaiki kehidupan ke arah lebih baik.
Jelasnya, kunci kejayaan bukan terletak pada akademik semata tetapi sikap rajin dan sabar adalah penentu dalam setiap kejayaan yang kita miliki. “Siapa yang dapat (keputusan) kurang baik seperti saya dulu, saya tak pandai. Saya jaga parking pun pernah. Kuatlah berusaha, mula dari bawah pun tak mengapa. Jangan jadi bodoh dan pemalas. Paling penting kalau 700A sekali pun, kalau anda pemalas, tak guna. Walau dapat 7E sekali pun, kalau usaha cari duit, akan menjadi,” ujarnya.
Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.