Suami kerja kapal luah rasa kecewa, terkejut bila suami kerja dalam diam isteri bertunang dengan lelaki lain

Seringkali kita dengar kisah masalah rumah tangga yang dialami oleh pasangan PJJ, yang mana suami isteri tidak tinggal sekali atau suami bekerja jauh dan hanya pulang beberapa bulan sekali. Namun kisah kali ini yang dikongsikan oleh seorang peguam syarie melalui TikTok boleh dikatakan agak menyedihkan. Ia berkenaan seorang suami yang merupakan pekerja ‘offshore’ meluahkan tindakan isterinya yang sudah bertunang dengan lelaki lain. Aik macam mana tu?. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi perbualan WhatsApp yang didedahkan peguam berkenaan, lelaki tersebut mendedahkan yang dia bekerja di atas kapal dan hanya pulang ke rumah enam bulan sekali. Setelah penat bekerja mencari rezeki, dia kecewa dengan tindakan isteri yang bertunang dengan lelaki lain dan lebih mengejutkan, perkara ini juga diketahui oleh tunang isterinya itu yang kemudian mendesak dia untuk menceraikan isteri.

“Saya pun tak tau nak kata macam mana, kita penat-penat cari duit untuk dia. Macam ni dia balas dekat kita. Dia sebenarnya, boleh ke seorang isteri bertunang dengan laki lain? Mereka (tunang isteri) tau, tapi mereka tak kisah. Siap suruh saya lepaskan isteri saya lagi adalah,” katanya. Lelaki itu memberitahu yang dia sudah berkahwin selama 12 tahun dengan isterinya dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Katanya lagi, keluarga mentua juga berpihak kepada isterinya apabila mereka menyuruh wanita itu untuk bertunang dengan lelaki tersebut. “Mereka cuma kata yang saya tak layak masuk dalam family mereka. Sebab saya… sebab saya anak tak sah taraf. Mereka tak mau ketururnan dari anak tak sah taraf,” katanya lagi. Kata lelaki itu, dia juga sudah membincangkan hal ini dengan isterinya beberapa kali dan mereka juga sudah dua kali ke kaunseling di pejabat agama. Namun ketika di sana, isterinya tidak mengaku sudah bertunang dengan lelaki lain dan mereka tidak mendapat kata sepakat.

Kisah itu walau bagaimanapun tidak diketahui pengakhirannya dan ia mendapat perhatian warganet yang bersimpati dengan nasib lelaki tersebut. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version