Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan keadaan kesihatannya tidak begitu baik apabila kedua-dua belah matanya kemerahan, cirit birit dan muntah hingga menjejaskan aktiviti hariannya. Perkara tersebut dimaklumkan Syatilla menerusi hantaran di Instagramnya dan perkara tersebut mendapat perhatian warganet di media sosial. Susulan itu, isteri kepada aktor Shaheizy Sam memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas panggilan dan mesej atas masalah yang dihadapi.
“Tilla sakit mata plus muntah-muntah, cirit birit dah seminggu. Akibat pressure muntah, mata jadi mcm ni. Siapa pernah? Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tak buka reply wasap apa pun sebab tilla lembik tak ada tenaga. Anak-anak pun sama. Hari ini baru boleh senyum sikit,” ujarnya. Aktres yang berusia 33 tahun itu beranggapan kejadian yang menimpa dirinya adalah satu dugaan. “Dua minggu badan memang betul-betul tak best. Entah virus apa yang seronok sangat nak berkawan dengan aku,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir warganet terutamanya dalam kalangan wanita berkongsi pengalaman mereka alami situasi dan masalah yang sama seperti Syatilla.
Sementara itu, ramai yang mendoakan agar Syatilla kembali sihat seperti sedia kala dan berharap masalah kesihatan yang dialaminya segera pulih.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.