Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zack yang mendedahkan perbezaan usia dengan bakal bapa mentua hanya lima tahun telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zack di laman TikToknya, dia kini berusia 39 tahun manakala bakal bapa mentuanya berusia 44 tahun. Dalam perkongsian tersebut, dia telah selamat mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya berusia 19 tahun dalam sebuah majlis sederhana. Klik sini untuk lihat video.
Ujar Zack, dia sangat bersyukur apabila memiliki bakal ibu dan bapa mentua yang baik walaupun jarak usia mereka hampir sebaya. “Beza umur bapa mentua lima tahun je. Bakal ibu mentua pula beza setahun. Alhamdulilah dapat bakal mak dan bapa mentua baik pun satu rezeki,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan tidak percaya usia sebenar Zack memandangkan wajahnya kelihatan muda, persis jejaka berusia awal 30-an.
Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah buat Zack dan pasangan atas pertunangan mereka dan berharap urusan dalam menghalalkan hubungan tersebut dipermudahkan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.