SEGELINTIR masyarakat kita memandang tinggi kepada mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan. Malah, ada ibu bapa yang mahu anak mereka berkahwin dengan penjawat awam demi mendapatkan kehidupan yang selesa kerana kerjaya dalam sektor itu lebih terjamin. Di TikTok, seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang berdepan nasib malang apabila bersuamikan seorang pegawai kerajaan. Menurut wanita itu, rakannya sering dipandang rendah oleh mentua kerana dianggap banyak menghabiskan duit suami.
“Salah seorang rakan saya cerita, dia kena halau dengan keluarga suami dari rumah yang disewa, sebab katanya dia banyak habiskan duit suami tapi tak kerja. Padahal orang yang rapat macam aku je yang tahu, hampir 90 peratus kelengkapan rumah, datang dari bisnes online si isteri yang juga kawan saya. Tapi dia dituduh habiskan duit suami tu. Hampir nak gla kawan aku dengan apa yang terjadi,” dedah wanita itu menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok pada Isnin.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata pasangan tersebut akhirnya memilih jalan perpisahan ekoran masalah yang timbul dalam keluarga mereka. Namun, dia berpuas hati apabila bekas mentua rakannya itu baru menyedari kesilapan di pihak mereka selepas pasangan tersebut berpisah. “Dan akhirnya berpisah. Melopong la keluarga belah sana bila rumah sewa kawan aku tuntut, kereta, motor, even ke baju branded si suami yang isteri beli pun dia tuntut.
Famili sana nampak anak dia pegawai kerajaan, jadinya isteri ni tukang habiskan duit. Padahal mereka tak tahu, seluar dalam suami pun isteri kena belikan. Bagus bila hari perpisahan tu, isteri print slip gaji si suami dan bagi pada keluarga belah sana. Baru tahu yang gaji si lelaki tinggal ratus-ratus, cukup untuk isi minyak motor je,” ujarnya lagi. Di ruangan komen, ramai warganet menyelar sikap mentua wanita itu yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga insan yang tidak bersalah.
“Dilabel habiskan duit suami walhal itu memang tanggungjawab suami. Keluarga mentua fikir apa sebenarnya?” “Bila kerja, cakap perempuan nanti jadi ego. Bila jadi suri rumah, dituduh habiskan duit suami.” “Padan muka. Mentua selalu ingat yang menantu perempuan ni tak reti cari duit.” “Saya pernah kena tapi Allah itu maha adil,” tulis beberapa warganet.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.