Tular video lama usik Ruhainies dengan gelaran penyondol, ini respon dari Janna Nick

Baru-baru ini, tular semula video lama yang memaparkan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick bertanyakan soal ‘penyondol’ kepada pelakon Ruhainies ketika di program Famili Duo 3 dapat perhatian warganet. Susulan itu, dia tampil memberi penjelasan mengenai usikan tersebut bagi mengelakkan timbulnya salah faham. Tegasnya, dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak sebaliknya hanya mengikut skrip yang disediakan ketika program itu.

“Video tu video lama, apa yang ulaskan itu tak ada niat untuk menyindir atau nak ‘tumpahkan tea’ pun tidak. Sebenarnya, ia hanya gurauan dan mengikut isu-isu semasa ketika itu,” jelasnya. Janna ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa. Pelantun lagu Gatal ini juga memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ruhainies.

“Saya dengan Ruhainies ketika itu telah pun berdamai, tidak ada pergdhn dan sebagainya, jadi kenapa pula saya nak menyindir dia dengan perkara-perkara yang tidak baik. Mungkin perkara itu terkena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik,” ujarnya. Oleh itu, Janna memohon agar dirinya tidak dilibatkan dengan kontroversi tersebut. Malah, dia enggan menjadikan ujian yang dihadapi orang lain sebagai bahan jenaka.

“Kalau boleh jangan palitkan saya dengan isu in sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak. Sebab saya anggap ini semua adalah ujian untuk mereka dan kita tak nak jadikan ia sebagai bahan jenaka. Saya takut ujian itu akan berbalik kepada kita,” katanya lagi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version