Nak jaga hati orang sekeliling, Ummi Nazeera tak mahu terima tawaran berlakon dengan Aliff Aziz

Pelakon hebat, Ummi Nazeera memilih untuk tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz meskipun mereka pernah bergandingan menerusi sebuah drama sebelum ini. Ketika ditemui, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkata, tindakannya itu bukanlah kerana Aliff mempunyai kesalahan dengannya namun sekadar mahu menjaga hati orang sekeliling.

“Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya. Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama tersebut. Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa.”

Ummi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Majlis Rumah Terbuka FiziWoo yang diadakan di Maison FiziWoo yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Ahad. Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun menekankan dia tidak pernah menghubungi Aliff selain daripada sewaktu sesi penggambaran sahaja. “Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had.

Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu.” Sementara itu, Ummi mendoakan yang terbaik buat Aliff susulan kontroversi hangat yang melanda penyanyi tersebut ketika ini. “Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya. “Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib. Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version