Wanita luah rasa syukur dapat mertua yang baik, siap dapat hadiah gelang emas lagi

Seorang wanita yang dikenali sebagai Syahidah meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan ibu mentua baik yang menyayangi dirinya seperti anak sendiri. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syahidah di laman TikToknya, kelihatan ibu mentuanya menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada kesemua menantu perempuan. Dalam perkongsian tersebut, Syahidah turut mendoakan agar rezeki dan urusan ibu mentuanya dipermudahkan Allah selalu dalam apa jua keadaan. Klik sini untuk lihat video.

“Insya-Allah the best rezeki one could ever doa for. Semoga murah lagi rezeki dipermudahkan segala urusan my mak mentua,” ujarnya di ruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bahagia dengan perkongsian wanita terbabit dan menganggap sukar untuk menjumpai keluarga mentua yang penyayang dan menerima menantu dengan sebaiknya.

Bukan itu sahaja, ramai wanita juga menzahirkan kata-kata syukur apabila menceritakan kebaikan ibu mentua masing-masing sepanjang mendirikan rumah tangga.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version