Proses gadai lebih mudah, Adira Suhaimi dedah beli emas sebagai bantuan kecemasan waktu susah

Penyanyi Adira Suhaimi sangat sinonim dengan pemakaian barang kemas seperti cincin, rantai dan gelang emas. Menerusi perkongsian di TikTok, Adira menyifatkan pembelian emas dapat membantu ketika susah dan dalam waktu kecemasan. Menurutnya, proses menggadai emas lebih mudah berbanding perlu ke bank untuk mendapatkan wang dengan segera.

“Daripada kita beli benda lain, sekurang-kurangnya emas ini kalau masa kita susah, ada kecemasan inilah yang boleh bantu kita. Pergilah kau gadai sebab kedai gadai hari-hari buka. Kalau hari Sabtu, hari Ahad bank tutup. Jadi ini yang paling cepat.” Sementara itu, dia turut berpesan kepada orang ramai untuk membuat simpanan melalui pembelian emas. “Daripada beli beg tangan ke apa-apa, selagi kita nak menyimpan kau beli lah emas dik. Dengar cakap akak ni.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version