PELAKON Muaz Zabir tidak mengikuti kes perpisahan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz yang sedang hebat diperkatakan ketika ini. Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, ada komitmen lebih penting yang perlu diberikan perhatian berbanding perkara tersebut. Bagaimanapun Muaz mendoakan yang terbaik buat Bella dan keluarganya dalam berdepan dengan dugaan mencabar ini. “Mungkin takdir yang ditentukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya tidak tahu nak rasa kasihan atau sebaliknya.
Tapi saya doakan Bella supaya menemui kebahagiaan dan berjaya mengharungi cabaran hidup selepas ini. Seperti mana yang kita tahu, dia seorang wanita yang kuat. Saya harap semua doakan yang terbaik buatnya,” katanya. Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama bersiri Viu Original berjuudul Bawah Payung Awan yang diadakan pada petang Khamis.
Dalam pada itu, Muaz memberitahu dia mengetahui tentang perpisahan Bella dan Aliff melalui rakan-rakan sekeliling. Kata Muaz, dia tidak sempat membuka media sosial kerana sibuk menjalani penggambaran drama sebelum ke lokasi sidang media drama tersebut. “Saya memang tak sempat tengok media sosial sebab hari ini saya sibuk menjalani penggambaran. Ini pun saya minta pihak produksi lepaskan saya untuk datang ke majlis ini dan selepas ini saya akan bergegas ke Genting Highlands menyambung penggambaran.
Tapi saya tahulah mereka sudah berpisah sebab orang sekeliling bercakap mengenainya,” ujarnya. Bagaimanapun Muaz enggan mengulas lanjut mengenai perpisahan Bella dan Aliff kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Apatah lagi dia dan Bella mencapai kata sepakat untuk menjaga pergaulan sebagai rakan artis selain tiada hak mencampuri urusan peribadi mereka. “Sebenarnya saya dan Bella sudah mengambil keputusan untuk menjaga batas masing-masing.
Saya tiada hak untuk memberi sebarang komen dan memilih untuk mendiamkan diri bagi mengelakkan perkara tidak diingini terutamanya salah tafsir dalam kalangan warganet. Lebih baik saya diam dan tidak mengeruhkan lagi keadaan,” jelasnya. Sementara itu, Muaz berkata, dia dan Bella bersikap profesional dan tidak menolak jika digandingkan dalam sebarang projek selepas ini. “Industri hiburan kita kecil saja, pusing mana-mana pun akan bertemu juga.
Jadi saya tak ingin menambah musuh dalam kehidupan. Nak kata kami berkawan pun tidak, bergaduh pun tidak. Kalau digandingkan sekali pun nanti, kami akan bersikap profesional dan hanya fokus pada urusan kerja sahaja,” jelasnya. Pada Mac lalu, tersebar beberapa foto mesra di antara Muaz dan Bella yang didakwa turut berlaku tak setia. Bella yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.
Aliff pada tengah hari Khamis melafazkan talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Pasangan ini pernah berpisah pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku crng namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.