Muat naik gambar berpegang tangan, sekali ramai pula yang komen tak puas hati pada Marissa Dania

Anak kepada selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania kongsi gambar pegang tangan telah mendapat perhatian ramai di Instagram. Mana tidaknya, sejak berumah tangga, nama Marissa Dania Hakim kerap disebut-sebut, lebih-lebih lagi apabila menjadi isteri kedua. Perkongsian terbarunya yang seolah-olah memegang tangan seseorang telah menjadi perbualan warganet di Instagram memandangkan dia kembali membuka ruangan komen.

Dalam posting dikongsi Marissa, dia yang berada di pantai telah memuat naik gambar mengenakan hijab berwarna hitam serta memakai blouse sambil memegang tangan seseorang. Walaupun tidak menyatakan tangan siapa yang dipegang olehnya, ramai meneka bahawa ia adalah milik Aslam, suaminya. Perkongsian tersebut dipenuhi dengan pelbagai komen daripada warganet yang kebanyakannya berbalah sesama sendiri berkaitan perkahwinan Marissa dan Aslam.

Ada juga yang menyedari betapa toksiknya komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial hanya kerana pempengaruh tersebut menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang sudah mempunyai keluarga.

Sekadar info, Marissa Dania telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam sekitar Disember tahun lalu. Kontroversi melibatkan hubungan cinta mereka telah didedahkan oleh isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan sehingga anak kepada pelakon terbabit teruk dikritik di media sosial. Walau bagaimanapun, masing-masing sudah berdamai dengan keadaan walaupun isteri pertama dan isteri kedua Aslam tidak saling berhubung.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version