Tular video gelagat lelaki mandi hujan lepas main bola, balik rumah boleh terus tidur dalam keadaan selesa

Untuk korang yang bersukan jauh dari rumah, sebelum balik tu mesti korang nak mandi kan. Iyalah, sudah basah lencun sebab peluh, nak balik rumah mesti lah dalam keadaan selesa. Kalau dapat mandi dan wangi-wangi, balik rumah terus boleh tidur kan. Biasanya tempat bersukan akan disediakan fasiliti seperti bilik air dan tandas untuk membersihkan diri. Lain pulak yang seorang pemain bola sepak amatur ini lakukan. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video @abgfrz korang boleh tengok seorang lelaki mandi hujan tepi padang. Yang menarik tu siap bersabun dan syampu lagi tau. Lain macam betul lelaki ni mandi hujan tepi padang. Min rasa mungkin nak bersembang dengan kawan, itu pasal mandi je terus dekat situ. Ataupun taknak terlepas tengok game tapi tetap nak mandi. Dua dalam satu dibuatnya. Jangan terkejut sebab sebenarnya barang-barang mandi memang sentiasa tersedia untuk digunakan. Lagi-lagi kalau dah memang selalu bersukan, segala sabun syampu pencuci muka semua ada. 

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version