Tauke kedai viral ‘one by one gentleman’ yang bernama Goh Yap Eng beri nasihat untuk tidak menjadikan mabuk sebagai alasan bergaduh dengan orang lain. Menerusi satu temu bual bersama BFM Radio, Goh berkata kejadian ‘one by one gentleman’ merupakan insiden yang paling gila yang pernah dia lalui. Bagaimanapun, Goh akui dia sebenarnya tidak mahu perkara itu terjadi disamping turut berkata berharap kejadian pada hari tersebut tidak terjadi.
Pada masa yang sama, Goh turut menerangkan kejadian tersebut langsung tiada kaitan dengan isu perkauman yang mungkin menjadi salah satu spekulasi netizen. “Haritu kejadian ‘one by one gentleman’ berlaku, bukan kita yang minta. Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan kaum atau mbuk,” katanya. Tambah Goh, mbk sehingga menyebabkan pergdhan juga tidak wajar kerana mabk bukan alasan untuk melakukan apa sahaja. “Ada orang cakap ini mbk, tapi sebenarnya bukan. Setiap orang mbk, dia mesti ada tahap dia. Contoh saya mbk, saya duduk diam-diam, saya akan pergi tidur, saya tengok tv atau layan muzik.
Tapi kalau kata mbk jadi alasan lepastu dia boleh mengamuk dan buat apa sahaja, jangan lebih tahap itu. Sebab kami peniaga, kami harap pelanggan dengan tauke kedai semua sentiasa harmoni,” ujarnya. Dalam pada itu, Goh turut mendedahkan selepas kejadian tersebut berlaku, dia kembali ke rumah namun tidak dapat melelapkan mata. Keesokan harinya, pihak polis telah menahan Goh dan dimasukkan ke dalam lokap selama dua hari namun sepanjang tempoh itu, dia masih tidak dapat melelapkan mata.
“Masa video viral hari Rabu, malam itu saya tak boleh tidur sampai Khamis. Lepastu hari Khamis, polis ambil saya masuk lokap dua hari. Sabtu petang saya keluar, saya tak boleh tidur,” luahnya. Sementara itu, Goh turut berkongsi kucing yang juga menjadi tular selepas insiden tersebut bernama Meowbo dan telah bersamanya sejak lapan tahun lepas. “Saya kenalkan kucing saksi, kucing viral. Nama kucing ini Meowbo, saya bela dari lapan tahun lepas. Dulu kucing luar, bukan kucing kedai,” kongsinya.
Pada akhir temu bual itu, Goh menitipkan nasihat kepada semua orang terutama individu yang mempraktikkan seni mempertahankan diri untuk tidak menggunakan kemahiran itu untuk bergdh. Disamping itu, Goh turut berharap agar pergdhn tersebut tidak dijadikan isu perkauman kerana Malaysia merupakan negara yang harmoni. “Kalau boleh saya pilih, haritu saya tak mahu kejadian itu berlaku. Saya nak nasihat semua orang kalau belajar Taekwondo atau Kung Fu, lepastu ajak gdh, ini bukan perangai orang yang belajar seni mempertahankan diri.
Saya harap isu ini tidak terjadi isu perkauman, Malaysia sepatutnya harmoni. Harap rakyat Malaysia dapat bersatu, jangan gdh-gdh sebab itu tidak semua berbaloi,” katanya. Terdahulu, tular video pergdhan antara Goh dan seorang lelaki India di kedainya sehingga menjadi tumpuan orang ramai di Malaysia. Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, Goh dan lelaki India tersebut dilaporkan telah berbaik di sebuah balai polis.
Selain itu, lelaki India tersebut juga telah memuat naik satu video permohonan maaf disamping menjelaskan sebab kejadian itu boleh berlaku. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.