Umum mengetahui, ramai umat Islam kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan salah satu rukun Islam iaitu haji. Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial TikTok di mana beberapa orang jemaah haji yang dipercayai berasal dari Indonesia ‘mengambil peluang’ meniaga rojak di tanah suci. Dalam video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @halobangkalan itu kelihatan beberapa jemaah haji bertindak menjual rojak di tepi jalan siap dengan peralatan seperti cobek dan bekas-bekas bungkusan. Klik sini untuk lihat video.
Tindakan para jemaah itu mengundang reaksi negatif warganet, rata-rata merasakan kelakuan itu tidak sopan dan bercanggah dengan tujuan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 1K komen di TikTok.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.