Keluarga bapa Zayn Rayyan minta keadilan ditegakkan, siap berkumpul depan mahkamah lagi

Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik berusia 6 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu hari ini mendakwa dia dianiaya dan semuanya fitnah dalam prosiding sambungan atau penamatan reman di mahkamah. Ucapan tersebut mengundang jeritan ahli keluarga yang berkumpul di luar mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Dalam pada itu, peguam, Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang tiba di mahkamah sekitar jam 8.25 pagi tadi (Jumaat).

Sementara itu, kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’ juga turut dipegang oleh keluarga kepada ibu bapa Zayn yang berkumpul di luar mahkamah. “Kami mahu pembnh yang sebenar, ibu tahu Zaim tak salah”. Selain itu, ibu kepada bapa Zayn yang ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir hari ini menjerit meminta keadilan untuk anak lelakinya itu.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan akan memohon untuk sambungan reman kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan pembnhan mngs. Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Polis kemudiannya mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh, susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version