IKATAN suami isteri yang cuba dipertahankan akhirnya terlerai apabila penyanyi Aliff Aziz melafazkan talak terhadap isterinya, Bella Astillah pada petang Khamis. Aliff, 33, melafazakan talak satu terhadap Bella pada pukul 1.10 petang di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat. Wan Mohd Najib mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
“Saya Aliff Aziz menceraikan isteri saya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff,” katanya. Sebelum lafaz dilakukan, hakim turut mempelawa jika Bella, 30, dan Aliff ingin bersalaman buat kali terakhir namun kedua-dua mereka menolak. Untuk rekod, Bella menfailkan permohonan berpisah pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhlwt oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.
Aliff bagaimanapun enggan melepaskan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap tak setia apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua. Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku tak setia namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.