Personaliti media sosial, Ubai akui takut nak mengurat Shila Amzah di awal perkenalan mereka, namun mendedahkan dia mempunyai cara tersendiri. Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli,26, mendedahkan dia menggunakan teka-teki bagi memikat hati penyanyi berusia 33 tahun itu. Ubai dalam hantaran di media sosialnya berkongsi soalan teka-teki disaat Shila Amzah sedang berada dalam sedih. Klik sini untuk lihat video.
Salah satu pesanan suara (voice note) kepada Shila, Ubai meminta penyanyi itu untuk meneka nama Che Ta sekiranya menjadi muda. Apabila ibu kepada dua anak itu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, Ubai memberitahu jawapannya adalah Cik B. “Waktu ni baru kenal Shila Amzah, nak ngorat tapi takut. So kita pun buat la teka-teki ni. Time ni Shila Amzah dalam fasa yang sangat sedih. Pukul 4 pagi pun tak tidur, gambar WhatsApp pun hitam… ish, ish, ish..” kongsinya.
Ubai bagaimanapun tidak menyangka soalan tersebut telah membuatkan dia berjaya memikat hati seorang wanita bernama Nurshahila Amir Amzah dan kini bergelar isterinya. “Siapa sangka dari teka-teki ini, sekarang dah bergelar isteri. Terima kasih buat Che Ta dan Cik B! (emoji gelak),” selorohnya. Untuk rekod, Ubai dan Shila Amzah telah mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pertama diberi nama Rhea Akira pada 9 May lalu.
Sebelum berkahwin dengan pempengaruh tersebut, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Elias pada April 2018 namun berpisah pada tahun Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais yang kini berusia 4 tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.