Pengarah Michael Ang tampil membidas kenyataan netizen yang mengkritik wajah suami kepada pelakon dan pengacara, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz atau dikenali sebagai Mirul. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Michael berpendapat lebih baik sekiranya berwajah selenga yang tahu menjaga diri daripada berwajah kacak tetapi perangai buruk.
Dalam pada itu, Michael turut menyifatkan Amirul adalah seorang lelaki yang baik. “Tak baik cakap muka laki Ain selenga. Baik tau orang dia! Anyway kalau muka elok perangai macam bird-bird berterbangan, lagi baik dapat muka selenga tapi bird-bird duduk diam-diam saja dalam sangkar! Muka elok poket kosong pun tak guna dah macam tanggung biawak hidup! Muka elok tapi bebal pun tak guna dik!
Biar la muka biasa-biasa atau selenga tapi ada otak dan hari perut! Siapa setuju,” tulis Michael. Terdahulu, tular satu ciapan yang mengkritik video content Ain bersama suami sehingga Amirul dilabel ‘muka selenga’ oleh warganet. “Orang Malaysia ni tak bosan kah dengan lawak dia dok ulang-ulang tunjuk laki dia ni selenga” ciap warganet tersebut. Untuk info, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Kini, pasangan itu diserikan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.