Adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh pada Disember tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Memetik laporan Harian Metro, pihak JKM sebelum ini telah hadir ke rumah keluarga yang menjaga adik Zayn di Puncak Bestari dan telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Perkara itu turut disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim di mana terdapat keperluan untuk pihak JKM melakukan perkara itu.
“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil.” Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu. Walau bagaimanapun, pasangan suami itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan dibebaskan dengan jaminan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.