PELAKON Puteri Sarah hampir menjadi sasaran penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai aktres Nadia Brian. Dedahnya, ‘Nadia’ cuba memperdaya dia menjadi ‘escort girl’ kepada seorang lelaki berstatus Datuk dengan habuan wang tunai RM15,000. “Saya dapat mesej daripada ‘Nadia’ ketika berada di set penggambaran. Cara individu itu bercakap memang sama macam Nadia, saya hampir terpedaya! “Dia ajak saya teman seorang lelaki minum kopi dikenali sebagai Datuk Shahrul dari Johor Bahru dengan bayaran RM15,000,” katanya.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liana Megat Kamaruddin, 39, berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Polis Peronda yang berlangsung pada Khamis. Musykil dengan tawaran berkenaan, Puteri Sarah bagaimanapun tergerak hati untuk menghubungi Nadia bagi mendapatkan kepastian selepas berasa tidak sedap hati. Puteri Sarah memberitahu dia kemudiannya memberitahu tidak berminat dengan tawaran tersebut kerana tidak buat kerja terkutuk itu.
“Apa buat saya lagi tak sedap hati apabila dia beritahu saya tak boleh rakam video atau tangkap gambar. Jadi dekat situ saya dah mula rasa musykil. Saya terus cakap dekat dia yang saya tak buat ‘kerja’ macam itu. Mentang-mentang saya janda, dia nak kenakan saya! Lepas penggambaran saya memang akan jumpa anak-anak. Saya bukan jenis yang nak teman sesiapa keluar minum,” ujarnya. Dalam pada itu, Puteri Sarah mengakui kekhilafannya tidak memeriksa identiti individu berkenaan terlebih dahulu sebelum menyedari dia ditipu.
Selepas mendapatkan pengesahan daripada Nadia sendiri, Puteri Sarah memberitahu terus membuat laporan memandangkan dia berada di balai polis untuk menjalani penggambaran Polis Peronda. “Masa itu saya tak tahu dan tidak periksa betul-betul nombor tersebut sebab dia menggunakan gambar Nadia. Saya telefon Nadia dan tanya dia sendiri untuk kepastian. Nadia sendiri terkejut dan beritahu individu tersebut bukan dirinya. Memandangkan set penggambaran saya di balai polis, jadi saya pun terus minta bantuan petugas di situ untuk buat pengesahan dan buat laporan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah teruja apabila bakal muncul dengan drama aksi iaitu Polis Peronda bermula 28 Jun ini di TV3. Drama terbitan Skop Production itu diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof. Selain Puteri Sarah, drama ini turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Ramona Zamzam, Raja Afiq dan Sofwany Yusoff.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.