Individu ni luah rasa tak puas hati didenda RM5 sebab anak makan bersepah di kedai makan

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kebiasaannya, apabila pelanggan habis makan di kedai ataupun restoran, beberapa pekerja akan mengemas dan membersihkan meja makan tersebut untuk digunakan oleh pelanggan seterusnya. Pun begitu, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati kerana perlu membayar sejumlah wang disebabkan meja makan ditinggalkan dalam keadaan bersepah. Menerusi hantaran NGL yang dikongsikan oleh @meinmokhtar di X, lelaki tersebut menjamu selera di salah sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur dan turut membawa anak kecil yang berusia kurang dua tahun.

Setelah membayar hidangan berjumlah RM55, dia dikenakan pula caj tambahan RM5 oleh pemilik kedai hanya disebabkan keadaan meja yang agak bersepah.

“Salam mein. Pertama kali aku kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah (anak bawah 2 tahun). Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa… RM55, takde tomyam. Mahal, kena denda lagi.” Lelaki itu bagaimanapun meminta pendapat netizen adakah dia perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut. “Boleh ke report KPDNKK pasal denda tu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab sepah?”

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berkongsi pendapat mengenai situasi yang dihadapi oleh lelaki tersebut. Dalam pada itu, ada warganet yang berkongsi beberapa cara untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version