Rupanya ini sebab Watie dan Shuib buat keputusan bawak anak anak sekali bercuti sempena ulangtahun perkahwinan yang pertama

Elak berkurung dalam bilik hotel, pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah membuat keputusan untuk membawa anak-anak mereka bersama bagi meraikan percutian ulang tahun perkahwinan pertama. Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, dia dan suami mengambil keputusan untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau.

Ujarnya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan mereka berdua berkurung dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik hotel tersebut. “Kenapa kita bawa anak-anak bersama? Sebab bahaya pergi berdua. Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar,” katanya dalam nada seloroh. Jawab Watie, bagi menyelesaikan masalah tersebut mereka membawa anak-anak sekali. Klik sini untuk lihat video.

Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi sebuah video dimuat naik Watie dan Shuib di platform Instagram, pagi tadi. Dalam video tersebut, pasangan itu dilihat bersama Uwais, Talita dan Matin yang sedang berada di lapangan terbang sementara menunggu waktu penerbangan. Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023. Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version