Sesekali nak jadi macam orang lain, Alif Teega nafikan sekerasnya tuduhan berhubung isu derma

“Saya letih jadi Alif Teega, sesekali nak juga jadi orang lain” Kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya,  Mohd Hazalif Mohd Hazani susulan menjawab beberapa tuduhan yang dibuat satu akaun di Facebook yang mendakwa dirinya dan isteri, Aisyah Hijanah melakukan penyelewengan derma.

“Saya letih jadi Alif Teega, sesekali nak juga jadi orang lain,” Kalau saya diam orang kata saya mengiyakan, kalau saya bersuara orang kata saya gelabah, koyak” katanya. Luahan yang dibuat oleh pempengaruh itu dibuat susulan tuduhan daripada pihak-pihak tertentu berhubung isu berkaitan derma yang dikongsikan sewaktu menunaikan fardu haji.

Ujarnya, walaupun teruk dikritik dengan fitnah-fitnah tersebut, sekurang-kurangnya dia berani tampil, berbeza dengan akaun Facebook yang menuduhnya apabila hanya berani berada di belakang papan kekunci sahaja. “Kalau saya kongsi laporan sumbangan yang dimanfaatkan. Apa jadi kepada segala fitnah, ancaman, hinaan pada saya dan keluarga saya? Boleh ke saya dapatkan identiti page tersebut sebagai jaminan?” soalnya.

Terdahulu, Alif telah menjelaskan serba sedikit berkenaan dakwaan menerima komisen menerusi satu kutipan derma. Dia yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menyatakan tidak kisah dengan apa yang ditularkan mereka kerana mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung isu tersebut . Dia juga meminta agar orang ramai tidak hanya mendengar dari sebelah pihak dan mendengar juga penjelasan daripada pihak yang lain.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version