Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui tempat czer berdenyut ketika melakukan latihan pergerakan akrobatik bagi menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show (THSS) pada minggu lalu. Pemilik nama Nur Suhada Jebat berkongsi pengalaman tersebut menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya, semalam. Menurut Ayda, dia ada membuat kesilapan sewaktu mendarat sehingga memberikan kesan pada bahagian perutnya yang kini masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara operasi (czer) pada Disember lalu. Klik sini untuk lihat video.
Dia bagaimanapun tidak berputus asa, sebaliknya mencuba dan berlatih lagi sehingga membuat aksi lompatan itu sempurna. “Percubaan pertama mendarat ke depan. Berdenyut tempat czer. Satu malam tak buat dah. Esok cuba lagi. Terbang berpusing dan mendarat ke belakang. Alhamdulillah. Berlatih sampai sempurna,” tulisnya. Pada masa sama, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat pasukannya yang sentiasa komited dan mempercayai kebolehannya.
“Maaf team kalau ada tersiku, tersepak dan terjatuh. Selalu percayakan saya walaupun kadang saya selalu cakap tak boleh buat dan sedih. Love you guys so much. Tanpa korang siapalah saya,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui dirinya berada takut sebelum melakukan persembahan di atas pentas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan meskipun kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Ayda untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Mereka juga menasihati Ayda untuk beristirehat dan melakukan pemeriksaan pada bahagian perut lebih-lebih lagi penyanyi berusia 32 tahun itu belum pulih sepenuhnya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.