Datang bersama ke mahkamah, Ruhainies minta orang ramai doakan yang terbaik untuk kes dia dengan Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz hadir bersama pelakon, Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes khalwat mereka hari ini. Aliff dan Ruhainies yang berpakaian sedondon berona hitam tiba di perkarangan mahkamah pada kira-kira jam 9.05 pagi. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz berharap agar prosiding harini berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada semua, kami hargai rakan-rakan media yang hadir.”Terima kasih kepada semua, kami hargai rakan-rakan media yang hadir. Saya minta doa yang baik-baik daripada semua supaya prosiding hari ini berjalan dengan lancar.” Sementara itu, Ruhainies mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik.

“Doakan yang terbaik untuk kita orang semua.” Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu. Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu. Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai. Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version