PELAWAK Shuib mendedahkan dia pernah terlibat dalam aktiviti perjdn sehingga mengalami ketghan suatu ketika dahulu. Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000. Cerita Shuib, ketika itu dia bersama rakan pelawak iaitu Shuk Sahar berada di Ipoh bagi menjalani penggambaran sebuah filem sekitar tahun 2013.
“Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah menang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu seolah dia anggap aku menipu. Dia siap hubungi beberapa orang gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu. Sampai saja mereka terus panggil ke bilik belakang teus tanya macam-macam perkara. Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’,” katanya.
Shuib berkongsi perkara menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie. Sejak kejadian itu, Shuib akui bertekad meninggalkan tabiat bermain jd. “Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main dan memang aku dah tak main dah lepas itu,” ujarnya. Menurut Shuib, disebabkan ketghn itu juga, dia pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Katanya ketika itu dia tidak pernah berkira membazirkan wang bagi memuaskan ketagihannya terhadap judi.
“Banyak duit aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah bertaruh RM150 setiap pusingan. Dalam seminit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat spin. Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit? Bila aku main dulu, banyak dah aku rugi sampai tak terkira berapa kerugian. Aku dulu punyalah tak ada duit, sampai kering langsung,” ujarnya. Dia bagaimanapun bersyukur apabila kejadian tersebut menyedarkan dia agar meninggalkan perbuatan berdosa itu.
Jelasnya sebaik sahaja berhenti melakukan perkara itu hidupnya semakin tenang selain memiliki wang simpanan. “Perbezaan dia Masha-Allah, Allah nak bagi… Kadang-kadang kau rasa kau berjdi tu kau puas, bila kau menang kau gempak. Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak,” ujarnya. *Sekadar peringatan, kegiatan judi adalah haram di sisi agama Islam.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.