Ibu Aliff Aziz luah rasa kecewa kerana sehingga ke hari ini, dia dan keluarganya masih tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan cucu-cucunya. Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafiza telah memuat naik satu foto memaparkan anak perempuan pelakon Bella Astillah dan Aliff iaitu Ara Adreanna. Pada perkongsian itu, Siti Hafiza telah memberikan ucapan selamat hari jadi buat cucu perempuannya itu disamping meluahkan rasa kerinduan.
“Ucapan selamat hari jadi untuk cucu kesayangan saya, Ara Adreanna. Selamat hari jadi buat cucu Umi Wan dan Tok Ayah Ara Adreanna yang sangat-sangat kami rindui. Masyaallah, alhamdulillah, Ara dah empat tahun hari ini. Kami semua mendoakan Ara panjang umur, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat,” katanya. Dalam pada itu, Siti Hafiza turut mendedahkan dia dan keluarganya sudah lama tidak berjumpa mahupun bercakap dengan Ara atau abangnya.
Bagaimanapun, Siti Hafiza turut berkata mereka tidak akan berhenti untuk terus mencuba bertemu dengan Ara dan abangnya kerana pertalian darah mereka. “Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tidak akan berhenti untuk terus mencuba untuk bertemu dengan kamu kerana kamu sebahagian dari darah kami,” ujarnya.
Sementara itu, Siti Hafiza turut berkata mereka ada menghantar hadiah buat cucunya itu disamping berharap dia telah menerima pemberian berkenaan. “Nikmati hari awak sayang. Kami dah hantar hadiah dan kami harap awak dah terima. Nanti kita jumpa lagi, inshaAllah. Kami sayang awak dan abang,” luahnya. Sebelum ini, Siti Hafiza juga telah melakukan perkara sama yang mana dia mengucapkan selamat ulang tahun kepada anak sulung Bella dan Aliff.
Terdahulu, Aliff Aziz telah ditangkap khlwt bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac namun kedua-dua pelakon ini menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Isteri Aliff Aziz iaitu pelakon Bella Astillah memfailkan permohonan pisah secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu dan pasangan itu sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna, masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Pasangan ini juga pernah berpisah pada 16 Mei 2019 selepas Aliff ditangkap crng beberapa kali namun kembali rujuk ketika dalam tempoh iddah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.