Berikutan kontroversi dahsyat yang menimpa dirinya sebelum ini, tidak mustahil jika ada pihak yang mahu memboikot nama pelakon Ruhainies ini. Bagaimanapun, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32 percaya pada rezeki, dia turut menjelaskan bahawa setakat ini kerjayanya berjalan seperti biasa dan masih lagi menerima tawaran kerja.
“Saya baru sahaja selesai kerjasama dengan beberapa jenama. Tak rasa pun diri ini kena boikot, kalau betul pun ada, itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya. Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi.”
Tambahnya lagi, dia kini sedang mengambil tempoh berehat dan berhasrat untuk lebih banyak meluangkan masa melancong di serata dunia. “Banyak juga tawaran berlakon yang masih on hold tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dahulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan ujian. Bagaimanapun saya terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia. Jadi saya akan pergi ke banyak negara bagi tujuan itu.
Sempena ulang tahun kali ini saya mahu melancong ke lebih banyak negara. Rasanya dalam usia begini saya dah tak fikir nak shopping apabila ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk mengembara.” Berkenaan dengan hal jodoh, Ruhainies menjelaskan bahawa dia belum terfikir untuk mencari teman hidup sekali gus menamatkan zaman bujang meskipun usia semakin meningkat.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.