Bekas isteri pertama usahawan yang juga ‘tiktoker’ sensasi, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim mencuri perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek di akaun TikTok miliknya. Menerusi perkongsian video tersebut, dia kelihatan mengemas almari dan memasukkan kesemua pakaian milik bekas suaminya itu ke dalam kotak dan beg pakaian. “Separuh jiwaku pergi,” tulisnya pada kapsyen berkenaan. Klik sini untuk lihat video.
Malah, tindakannya merenung almari yang pernah terisi dengan pakaian Datuk Red menimbulkan pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Sakit memang sakit, kita kena reda kak. Semoga Kak Pila lebih bersemangat dan kuat selepas ini. “Allah maha tahu. Entah apa perancangan Allah. Kalau boleh husnudzon kepada Allah SWT. Inshaa-Allah ada hal-hal baik yang Allah nak bagi dekat Kak Pila.
“Tengoklah kuatnya Kak Pila cuba ikhlas sampai sekarang. Kami doakan Kak Pila selalu,” komen warganet. Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang seakan-akan mempersoalkan tindakan bekas isteri pertama Datuk Red itu yang dikatakan sebagai ‘acah’ tersakiti meskipun dia sendiri yang memfailkan perpisahan terhadap bekas suaminya itu pada penghujung Januari lalu.
Terdahulu, Datuk Red sah berpisah talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada jam 10.40 pagi. Pada 24 April lalu, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu terlebih dulu berpisah talak satu dengan isteri keduanya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi, 32, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat selepas sembilan tahun hidup bersama dan dikurniakan empat cahaya mata.
Datuk Red berkata, dia bersetuju menceraikan Sharifah Norshafila kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka dan memilih berpisah secara baik walaupun sudah 18 tahun hidup bersama dan mempunyai lima anak.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.