Akhirnya terjawab teka teki warganet, Mamat Sepah tampil bersuara lepas dah bebas dari reman polis bersama isteri

TEKA-TEKI mengenai seorang pelawak ditahan reman oleh polis pada Isnin lalu akhirnya terjawab apabila Mamat Sepah sendiri mengakui dia merupakan individu yang dimaksudkan itu. Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 39, berkata dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan dilakukan.

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini. Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya. Pada Isnin lalu, Mamat dan isteri ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Bagaimanapun isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala pelawak itu pula pada petang Khamis. Pasangan ini dibebaskan atas jaminan polis. Mamat bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dalam penyebaran maklumat itu. “Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” ujarnya.

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris memberitahu kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis. Justeru itu, Fadhli meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu proses siasatan pihak polis terhadap anak guamnya. “Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.

“Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu sıasatan polis,“ ujarnya. Sebelum ini media melaporkan seorang pelawak ditahan bersama isterinya bagi membantu siasatan penyebaran maklumat di aplikasi telegram berkaitan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Isteri Mamat merupakan seorang anggota polis. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version