Hasil kerja keras, Meerqeen akhirnya berjaya beli Mercedes Benz kedua yang berharga RM600k

HASIL kerja keras dan rezeki yang tidak putus-putus, pelakon Meerqeen berjaya membeli sebuah lagi kereta jenama Mercedes Benz model C63 pada Jumaat lalu. Kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, penantian selama sebulan berbaloi selepas kereta mewah berkenaan kini berada dalam genggamannya. “Saya dapat ‘buah hati’ saya, akhirnya! Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!” katanya.

Meerqeen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram Ireena Deanna. Dalam hantaran tersebut, terpancar riak teruja pada wajah pelakon itu saat berfoto bersama kereta berkenaan dengan ditemani keluarganya. Dianggarkan model C63 berharga RM600,000. Kereta tersebut turut menjadi koleksi kereta mewah kedua yang dimiliki Meerqeen dari jenama berkenaan. Sebelum ini, pelakon itu berkongsi kejayaan membeli kereta idamannya iaitu Mercedes Benz model G Wagon yang bernilai RM1.5 juta pada November tahun lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version