Susulan kes pasangan pempengaruh Islamik yang didakwa menyeleweng kutipan derma, pengarah dan penerbit Michael Ang mula hilang kepercayaan kepada golongan ‘influencer’ yang menjalankan aktiviti mengutip duit sumbangan. Menurut Michael, budaya menyumbang duit derma kepada golongan pempengaruh yang mengaku diri mereka sebagai orang tengah perlu dihentikan.
“Influencer pun scammer derma? Korang, saya rasa semua scammer ini perlu dihentikan. Cara untuk hentikan ada satu cara sahaja, iaitu dari diri kita sendiri.”Influencer pun scammer derma? Korang, saya rasa semua scammer ini perlu dihentikan. Cara untuk hentikan ada satu cara sahaja, iaitu dari diri kita sendiri. Kita dah tak boleh nak percaya pada derma-derma influencer, individu dan terutama yang menggunakan agama, hal-hal berkaitan agama.”
Michael berkongsi mengenai pandangannya itu menerusi hantaran di Instagram. Dalam pada itu, pengarah drama Red Velvet ini berpendapat lebik baik sekiranya orang ramai membantu dan mendahulukan ahli keluarga sebelum menghulurkan sumbangan kepada pihak yang tidak dikenali. “Lebih baik kita derma dan tolong orang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Yang berkaitan keluarga dulu sebelum nak tolong orang lain. Ba alif ba ya (carut) pada mereka yang mengguna agama untuk kumpul derma.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.