Datin Patimah muat naik gambar Puteri Sarah dan Bella Astillah, sekali kapsyen dia pulak yang jadi perhatian warganet

Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa simpati terhadap bekas menantunya Puteri Sarah Liyana dan juga aktres Bella Astillah yang berdepan dengan isu pergolakan rumah tangga. Terbaharu, Patimah memuat naik hantaran di Instagram Story (IG), yang memaparkan foto Puteri Sarah dan Bella Astillah bersama anak perempuan mereka iaitu Sumayyah dan Ara Adreanna. Paling menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Patimah tentang ujian rumah tangga yang menimpa kedua-dua pelakon itu.

“Mereka-mereka yang teraniaya oleh perampas.” Dalam pada itu, Patimah juga sering mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkannya sebagai seorang ibu mentua terbaik berikutan tidak menyebelahi kesilapan anaknya. Terdahulu, Puteri Sarah yang merupakan salah seorang teman baik Bella dilihat sering memberi kata-kata semangat dan menasihati pelakon berasal daripada negeri di bawah bayu itu.

Puteri Sarah juga turut bersimpati dengan Bella berikutan mereka menimpa nasib yang sama di dalam perkahwinan. Justeru, Puteri Sarah pernah berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan. Untuk info, Bella dan Aliff Aziz akhirnya berpisah buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.

Manakala Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version