Pempengaruh media sosial Ameera Khan akhirnya membuka mulut menjawab spkeluasi netizen yang mendakwa dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil menafikan dakwaan tersebut. Tambah Ameera yang juga adik kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa menjelaskan bahawa dia ke pusat peranginan tersebut bersama sepupunya, Aisha serta ditemani pengawal pengiring dan pemandu. Penjelasan itu sekaligus menjawab persoalan bahawa dia tidak bersama Meerqeen seperti yang didakwa ramai.
“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, bodyguard dan pemandu. Hanya kami berempat.” Bukan itu sahaja, Ameera turut memaklumkan dia sudah mempunyai teman lelaki yang kini berada di London. “Saya ada teman lelaki dan dia berada di London. Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih. Shut your mouth and piss off.”
Terdahulu, timbul spekulasi mereka berdua Bali apabila netizen mendakwa terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam sebuah foto yang dimuat naik Ameera. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.