Muat naik gambar dengan suami, ramai yang mendoakan kebahagian buat rumahtangga Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mencuri perhatian warganet selepas memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial. Menerusi perkongsian di TikTok, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, memuat naik tiga keping foto bersama suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar.. “Inilah suami saya. Saja beritahu, takut ada orang lain lupa dia suami orang. Selepas lima tahun kahwin, okaylah kan nak post gambar bersama di TikTok ni.” Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf tersebut memanjatkan doa agar dia dan suami sentiasa diberikan kesabaran dan dikurniakan syurga kelak. “Semoga Allah merahmati kita dengan kesabaran hingga ke jannah.” Tinjauan mendapati, foto-foto berkenaan merupakan hantaran pertama Elfira bersama suaminya di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.

Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version