Tampil mengenakan niqab jadi perhatian warganet, Shukri Yahya sokong isteri untuk menjaga aurat

PENAMPILAN baharu isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya tampil mengenakan niqab meraih perhatian pengikut di Instagram. Menjawab mengenai imej terbaharunya isterinya itu, Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata Tya sudah lama mengenakan penampilan sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu. “Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Berkongsi lebih lanjut, Shukri berkata isterinya pertama kali tampil mengenakan niqab secara terbuka semasa mereka menghadiri sebuah acara bersama. Pada awalnya, dia merasai perubahan isterinya itu disebabkan baharu pulang dari umrah dan tidak menjangkakan ia kekal sehingga kini. “Awalnya kami sama-sama hadir sebuah acara bersama ketika itu dia memilih untuk berniqab. Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.

Tapi rupanya tidak… dia memang terus berniqab sejak itu,” ujarnya. Dalam pada itu, pelakon terkenal dengan drama 7 Hari Mencintaiku itu mengakui tumpang gembira dan menyokong perubahan isterinya itu. “Sebagai suami, saya terima perubahan yang baik dari isteri saya. Saya juga bersyukur mendapat isteri yang menjaga auratnya,” kongsinya Sebelum ini, perkongsian Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 32, berkongsi membeli kelengkapan jenazah meraih perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Tya dilihat mengenakan pakaian serba hitam selain wajahnya disunting menjadi kabur. Rata-rata warganet kagum dan terkejut melihat perubahan Tya sekali gus mendoakan agar dirinya terus istiqamah. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version