Bukan mudah nak keluar berdua dengan anak, Uqasha Senrose akui sejak ada anak dah jarang lepak dengan kawan kawan

SEJAK bergelar seorang ibu sejak tiga bulan lalu, pelakon Uqasha Senrose banyak menolak pelawaan rakan-rakan untuk keluar bersama. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, bukan mudah untuk keluar berdua bersama bayi lebih-lebih lagi tidak ditemani suami atau pembantu. “Masya-Allah struggle betul nak keluar dengan anak seorang diri. Disebabkan itu bila orang ajak keluar selalu fikir berjuta kali,” katanya.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat. Tidak hanya itu, Uqasha memberitahu dia juga memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan sebelum keluar rumah. Ini termasuk membuat persiapan membawa banyak barang termasuk dua buah beg hanya untuk keperluan barangan bayi.

“Ini saya kuatkan diri juga perlahan-lahan siapkan Uqaira kemudian bersiap untuk diri sendiri. Masuk kereta dah mengah (penat). Mana nak bawa barang anak, beg dia sahaja dah dua, tak masuk lagi beg tangan saya. Penat sangat tapi berjaya keluar dengan anak,” ujarnya. Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version