Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia berkongsi berita gembira kepada peminat apabila memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata yang kelima dan usia kandungannya juga kini sudah mencecah lapan bulan. Memetik laporan Harian Metro, Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah berkata, dia tidak tahu sedang berbadan dua sehinggalah pulang dari mengerjakan umrah.
Malah, berkongsi mengenai kehamilannya, Almy menjelaskan kehamilan kali ini sangat mencabar memandangkan dia mengalami alahan yang sangat teruk. “Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah. Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar.
Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini,” katanya. Mengulas mengenai jantina, pelakon filem Nana Tanjung ini tidak meletakkan harapan dan hanya berserah dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan untuk mereka. Bahkan, berita kehamilannya juga dirahsiakan daripada keluarga sehinggalah usia kandungan mencecah empat bulan memandangkan pada ketika itu berat badannya juga mencecah sehingga 120 kilogram.
“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi kerana tidak mahu berharap untuk dapat anak lelaki, takut kecewa nanti. Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna. Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan,” jelasnya.
Sekadar info, Almy dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.