Ramai yang tuduh dia ambil barang sebab badan kurus, tak boleh berdiam sekali ini penjelasan dari Along Eyzendy

SUSULAN perubahan berat badan yang ketara, pelakon Along Eyzendy memberitahu dia tidak terlepas daripada kata-kata menduh dia mengambil bahan terlarang. Enggan terlalu ambil pusing apa diperkatakan orang, Along atau Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 45, sudah lali untuk menjawab perkara tersebut di media sosial. “Kalau buat live di media sosial, orang bertanya saya okey atau tidak sampai ada yang kata ambil barang. Mula-mula ada juga terasa hati dan penat nak menjawab.

“Tetapi kata orang alah bisa tegal biasa. Sekarang ini saya layankan sahaja. Kalau ada yang bertanya tentang kesihatan, saya jawab okey sahaja,” katanya. Along ditemui ketika sidang media Teater Dang Anum (The Untold Story) yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis. Menurut pelakon ini dia dinasihatkan doktor untuk mengekalkan berat badan di bawah 63 kilogram selepas melakukan operasi buah pinggang pada April 2021.

Berkongsi tahap kesihatan terkini, Along memberitahu keadaan dirinya semakin baik namun perlu bergantung ubat seumur hidup bagi memastikan organ diterima itu dapat berfungsi dengan baik. “Doktor beritahu keadaan saya sekarang semuanya baik. Cuma dinasihatkan tidak boleh naik berat badan dan tertekan supaya tidak mengganggu bacaan buah pinggang. Saya juga mudah terkena penyakit dan ia boleh berlarutan.

“Pemeriksaan doktor masih diteruskan dan ada ubat yang perlu saya makan seumur hidup. Antibodi kita boleh kesan jika ada organ asing yang dimasukkan dalam badan. Jadi ubat itu berfungsi untuk mengelakkan antibodi menyerang organ tersebut. Pesakit pemindahan buah pinggang seperti saya ini memang tak boleh demam. Kalau demam saya akan terus ke hospital untuk pemeriksaan,” ceritanya. Bercakap tentang penglibatan dalam teater kali ini, kata Along cabarannya lebih berat meskipun dia pernah berlakon dengan produski sama tahun lalu.

“Tahun lalu saya memegang watak Sultan, tetapi kali ini sebagai Bendahara. Jadi bukan mudah sebab dialog lain yang perlu saya hafal. Watak Bendahara kali ini juga lebih penting dan banyak babak. Ia bagaikan watak antagonis yang terpaksa menjadi sebegitu untuk membantu Raja,” kongsinya. Teater arahan Amirul Haswendy ini bakal dipentaskan pada 27 hingga 29 September depan bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version