Rugi betul bekas suami tinggalkan dia, tular video ketika Ananda Natasha alunkan ayat al Quran

Bekas isteri personaliti media sosial, Andika Putera iaitu Ananda Natasha mendapat perhatian warganet apabila dia memiliki suara merdu ketika mengalunkan ayat al-Quran, baru-baru ini. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Natasha sedang membaca sepotong ayat suci ketika bersiaran secara langsung bersama para pengikutnya di aplikasi itu. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, Natasha mendapat pujian ramai apabila memiliki suara merdu persis qariah ketika membaca ayat suci al-Quran sehingga membuatkan orang ramai tergamam. Sehingga kini, video itu meraih lebih 400,000 tontonan dan mendapat lebih 23,000 tanda suka daripada warganet selepas tiga hari dikongsikan di aplikasi tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dan terpesona apabila mendengar alunan suara wanita itu membaca ayat-ayat al-Quran.

Malah, ada individu berpendapat lelaki yang berjaya mendambat hati Natasha adalah jejaka yang bertuah kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi turut mempunyai asas agama yang baik. Sekadar info, Andika dan Natasha pernah berpisah buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman namun, rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan berpisah semula pada Disember tahun lalu. Sebelum ini, konflik rumah tangga mereka bertebaran di media sosial apabila Andika didakwa pernah berlaku crang ketika masih bergelar suami kepada Natasha.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version