Anggap ujian sebagai nikmat kecil kehidupan, Hana Ismail redha suami terima hukuman pnjara 10 tahun

Isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail reda suami terima hukuman penjara dan sebatan atas kesalahan mergl seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. Dalam hantaran di Instagram Story, Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail, 38, menganggap ujian itu sebagai nikmat kecil kehidupan yang perlu dilaluinya bersama keluarga kecil yang dibina.

Dia juga turut memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir berkenaan. “Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami. Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian. Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak),”tulisnya.

Hana juga berkongsi sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyentuh mengenai reda dengan ketentuan Allah SWT. “Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami,” dipetik daripada Hadis Riwayat al-Bukhari. Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Hari ini, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana mergl seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. Pada 10 April tahun lalu, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu daripada tuduhan tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mergl mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pnjra maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version